Tuesday, August 11, 2009

Anti I.S.A

Kepada penyokong-penyokong anti ISA, tahniah kerana berjaya berdemo. Saya harap mereka dapat apa yang mereka mahukan dan semoga akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya dan warga dunia am nya.

2. Apa yang saya amat tidak pasti, apakah yang sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh ahli-ahli demo anti ISA ini? Adakah untuk mansuhkan undang-undang ISA itu atau untuk menengtang orang yang berkuasa keatas ISA atau berjuang untuk mangsa-mangsa ISA dan keluarga mereka.

3. Saya rasa bukan satu pun alasan diatas yang ingin perjuangkan, melainkan untuk melanggar undang-undang yang sedia ada sahaja.

4. Jika mereka berjuang untuk menghapuskan ISA, apakah mereka faham dengan apa yang mereka perjuangkan. Adakah mereka tidak sedar dengan adanya ISA, mereka bebas untuk berdemo tanpa perlu risau tentang nyawa mereka dan anak-anak mereka? Dengan adanya ISA, mereka bebas untuk meninggalkan keluarga mereka untuk berdemo kerana yakin, ahli keluarga mereka akan sentasa berada dalam keadaaan selamat.

5. Adakah mereka tidak sedar, jika pakatan rakyat menang sekali pun diparlimen, pakatan rakyat tidak akan menghapuskan akta yang dikatakan zalim ini sepenuhnya, kerana jika akta ini dihapuskan, negara ini tidak akan dapat ditakbirkan dengan sempurna.

6. Mereka memperjuangkan mangsa-mangsa ISA ini, kenapa? kenapa tidak memperjuangkan nasib banduan-banduan yang lain yang berada dipenjara seluruh Malaysia? kerana mangsa-mangsa ISA ini ada kaitan dengan PR atau sebab mereka bukan melayu? yang anehnya hanya orang-orang melayu dan islam sahaja yang berdemo.

7. Mereka yang ditahan dibawah akta ISA adalah mereka yang disyaki terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang boleh mengugat keamanan negara. Mungkin juga mangsa-mangsa tahanan ISA adalah ahli-ahli politik yang menjadi seteru kepada parti pemerintah. Tetapi mereka ini ditahan bukan disebabkan ideologi politik mereka, mereka ditahan kerana mulut dan tindakan mereka yang mengapi-apikan rakyat! Adakah kita ingin melihat rusuhan berlaku dan barulah tindakan hendak diambil?

8. Contoh terbaik adalah operasi lalang. Sebelum operasi lalang, ketegangan diantara kaum telah memuncak dimana pergaduhan diantara kaum dijangka atau lebih tepat lagi, pastinya akan berlaku. Anda boleh bayangkan di Selama, Perak, satu pekan yang terpencil boleh menjadi panas hanya kerana kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik ini.

9. Operasi lalang berjaya meredakan kepanasan diantara kaum dan keadaan seluruh negara juga semakin terkawal. Mereka-mereka yang ditahan juga dibebaskan setelah berada "didalam" untuk sekian waktu. Adakah tindakan ini tidak wajar?

10. Mereka juga mengatakan keluarga-keluarga ahli tahanan ISA ini juga terianaya disebabkan ISA. Memang benar, ahli keluarga tahanan ISA atau ahli-ahli tahanan yang lain akan menjadi mangsa kerana suami/ayah/emak/abang/kakak mereka telah di asingkan daripada mereka. Akan tetapi, tidak terfikirkah oleh pejuang-pejuang anti ISA ini, jika mereka-mereka yang terlibat tidak ditahan oleh ISA dan berkemungkinan menyebabkan puluhan/ratusan/ribuan suami/ayah/emak/abang/kakak mati atau cedera, siapa yang lebih terinaya?

11. Saya rasa ramai lagi anak-anak, isteri-isteri dan juga ibubapa yang diabaikan oleh manusia di Malaysia yang boleh diperjuangkan. Mangsa-mangsa kes bunuh, kemalangan dan sebagainya adalah lebih ramai jika mahu diperjuangkan.

12. Memang, sekali imbas akta ISA adalah zalim, tinggalan penjajah. Tetapi akta ini perlu kerana sememangnya manusia itu sendiri yang lebih zalim daripada akta itu.